Sumber imej: FMT
Keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP untuk tidak meneruskan cadangannya mengadakan pilihan raya awal menunjukkan mereka takut kepada PKR.

Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata walaupun DAP mempunyai 19 kerusi di Dewan Undangan Negeri berbanding 10 yang dikuasai PKR, parti itu masih perlu mengikut kehendak PKR kerana mereka tidak memiliki keberanian.

“DAP takut kepada PKR, walaupun mereka mempunyai kelebihan dari segi jumlah kerusi,” katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

“Selepas makluman daripada beliau, saya mengadakan mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin negeri dan juga nasional dan mereka setuju DAP tidak akan meneruskan cadangan tersebut,” kata Setiausaha Agung DAP itu dalam satu sidang media di Komtar, semalam. Sumber imej: FMT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Ahad berkata DAP tidak akan meneruskan cadangannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi mengadakan pilihan raya awal.

Menurut Lim, keputusan itu diambil kerana cadangan DAP tidak mendapat sokongan rakannya dalam Pakatan, PKR, yang menghadapi risiko kehilangan lebih banyak kerusi berbanding DAP.

Sebelum ini, Gerakan mengumumkan mereka akan bertanding bagi 13 kerusi sekiranya pilihan raya negeri mengejut diadakan dan yakin akan mencatat prestasi lebih baik berbanding pada pilihan raya sebelum ini.

Idea mengadakan pilihan raya mengejut ditumbulkan DAP selepas Lim dihadapkan ke mahkamah bagi dua tuduhan rasuah awal bulan ini.

SOURCEASTROAWANI
SHARE
Previous articleTwitter KPN Digodam
Next articleJohan, Ozlyn Isytihar ‘Perang’
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here