Sumber imej: Sinar Harian

Pas menyifatkan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai DAP mahu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal, hanya untuk meraih populariti dan sokongan rakyat serta menyelamatkan seorang ahli politik.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia hanya memperjudikan masa depan rakyat di negeri terbabit.

“Tapi benda tak jadi, dan kita tidak sepatutnya memperjudikan masa depan rakyat, sebab kalau bubar Dun, kos perjalanan PRN agak besar, setakat untuk menyelamatkan seorang ahli politik dengan PRN, ia tidak patut berlaku.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution. Sumber imej: facebook.com

“Bila mahu buat PRN, banyak ura-ura timbul dan ia bergantung kepada pandangan umum, sama ada nak fikir positif atau negatif, tapi ramai melihat ia berunsur kepada kepentingan politik,” katanya mengulas khabar angin berhubung pembubaran Dun Pulau Pinang yang akan dilakukan dalam tempoh terdekat dan difahamkan perbincangan antara PKR sedang berjalan bagi membincangkan perkara tersebut.

Mohd Amar berkata, Pas tidak terlibat dalam sebarang perbincangan berhubung perkara itu.

“Pas tidak terlibat (perbincangan) mengenai PRN itu, setakat mana perkembangannya, itu kita tahu,” katanya.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama parti pembangkang bagi membincangkan penubuhan parti baharu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini. Turut bersama Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (kanan) dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin (kiri). Sumber foto:BHOnline

Mengulas parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau lebih suka ambil sikap tunggu dan lihat kerana perjalanannya masih awal.

“Kita tengok dulu perjuangan parti itu, siapa pemimpin mereka dan sebarang usaha menjatuhkan BN amat dialu-alukan, di mana Pas sendiri berazam untuk tukar kerajaan pada PRU14,” katanya.

LEAVE A REPLY