DAP Bantah

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menolak cadangan PPBM yang dilapor akan diperuntukkan dua jawatan tertinggi dalam  barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Saya tidak akan bersetuju jawatan pengerusi dan presiden kedua-dua Pakatan Harapan ini diisi oleh pemimpin PPBM,” kata Lim pada sidang media di sini hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas laporan MalayMail Online minggu lepas yang dinamakan seorang pemimpin PH yang tidak dinamakan.

Pemimpin itu dipetik sebagai berkata bahawa cadangan PPBM bagi barisan kepimpinan Majlis Presiden di mana pengerusinya Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi dan presiden parti itu, dengan PKR Anwar Ibrahim sebagai penasihat.

Parti yang baru berusia satu tahun juga didakwa mencadangkan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Pengerusi PH, timbalan presiden PKR Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden, serta Lim dan presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai naib presiden parti itu .

PPBM telah secara rasmi menyertai PH pada Mac tahun ini.

1 COMMENT

  1. majlis presiden pakatan harapan sepatut-patutnya amalkan sistem giliran.. biar setiap ketua parti ada peluang mempengerusikan mesyuarat.. perlu ada jadual tugas bulanan.. so tugas pengerusi tu diagih-agih dan tidak tertumpu kepada seorang figura saja. let saya bulan jun dr mahathir jadi pengerusi pakatan harapan.. bulan julai lim kit siang.. bulan ogos mat sabu.. bulan september wan azizah.. perkongsian kuasa, yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.. nak perintah negara perlukan konsensus, perbincangan dan toleransi bukannya ikut style diktator, kuku besi.. siapa setuju jawatan perdana menteri tu dibuat sistem giliran.. maknanya malaysia tak perlu ada perdana menteri yang sama memegang jawatan sampai 20 tahun lamanya.. tapi ada lebih 5 orang yang bergilir-gilir menjadi ketua kerajaan malaysia.. well, it’s not easy to change the existing system.. people got used to it but it’s not impossible.. for the sake of our better future, dare to accept collective leadership!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here