Sumber imej: breitbart.com

Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman memberi amaran kumpulan pengganas IS atau Daesh semakin agresif dalam menyebarkan ideologi mereka.

Ayob Khan berkata kandungan majalah itu dipercayai banyak merujuk kepada pandangan ekstrem tokoh ulama kontroversi Turki, Ibnu Taimiyyah yang antara pandangannya melabelkan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk yang diamalkan di Malaysia sebagai sesat, syirik, murtad dan ahli neraka. Sumber imej: FMT

Ketua Penolong Pengarahnya, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kumpulan itu bertekad menyebarkan ideologi militan dan keganasan serta merekrut ahli baru dalam kalangan rakyat Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura.

Malah kumpulan itu turut mengeluarkan majalah digital propagandanya yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu, katanya kepada Bernama. Selain itu, kumpulan berkenaan juga menggunakan medium video, risalah dan usrah yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ayob Khan berkata kandungan majalah itu dipercayai banyak merujuk kepada pandangan ekstrem tokoh ulama kontroversi Turki, Ibnu Taimiyyah yang antara pandangannya melabelkan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk yang diamalkan di Malaysia sebagai sesat, syirik, murtad dan ahli neraka.

Katanya hasil soal siasat mereka yang disyaki terbabit dengan kumpulan Daesh serta rampasan buku, menunjukkan ramai antara mereka cuba ‘menghalalkan’ perbuatan itu dengan merujuk kepada pandangan ekstrem Ibnu Taimiyyah.

Ayob Khan berkata dalam menangani perkara itu, Bahagian Counter Terrorism sering memantau penyebaran terbitan Daesh dari semasa ke semasa bagi mengelakkan ia memasuki negara ini.

“Polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyekat sebarang laman web yang mampu mengancam dan menyebarkan fahaman militan ini,” kata Ayob Khan. Sebelum ini, tindakan pantas SKMM berjaya menyekat penyebaran akhbar digital IS yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu.

LEAVE A REPLY