CUEPACS
Foto oleh FMT

GEORGETOWN: Cadangan pengurangan waktu bekerja kepada 6 jam sehari tidak dipersetujui Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Malah, presidennya Datuk Azih Muda berkata menyifatkan mereka yang bersetuju dengan cadangan tersebut sebagai individu malas.

cuepacs
Setiausaha Agung MTUC, N. Gopal Krisnan

“Tiada siapa yang bekerja 8 jam secara berterusan. Pekerja keluar untuk waktu rehat minum kopi atau keluar untuk mengambil anak pulang dari sekolah dan lain-lain. Oleh itu, Cuepacs membantah idea tersebut,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Kesatuan Anggota KEMAS semalam.

Idea waktu bekerja selama 6 jam sehari dicadangkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Azih juga berkata beliau khuatir jika waktu bekerja selama enam jam itu dilaksanakan, ia akan menjejaskan pekerja yang dibayar mengikut jam kerana gaji mereka menjadi lebih rendah terutama dengan kos sara hidup yang semakin mahal.

LEAVE A REPLY