Cristiano Ronaldo

SPEKULASI perpindahan Cristiano Ronaldo mula hangat diperkatakan sejak Jumaat selepas muka depan akhbar Portugis A Bola mendakwa bekas bintang Manchester United itu berang kerana didakwa cuba mengelak cukai.

Pendakwa Sepanyol mendakwa cukai tersebut bernilai 13 juta pound sterling (RM71 juta).

Susulan berita itu, laman sukan Eurosport pada Jumaat tidak menunggu lama untuk meminta peminat bola sepak mengundi kelab yang patut disertai oleh Ronaldo.

Melalui posting bertajuk “Undi: Kelab manakah yang patut Cristiano Ronaldo sertai jika dia tinggalkan Real Madrid?”, United menerima undian tertinggi iaitu lebih 5,400 undi.

Manakala undian kedua tertinggi adalah untuk Paris Saint-German (PSG) sebanyak 1,100 undi; ketiga tertinggi untuk Arsenal (889 undi) dan kelab keempat tertinggi, Chelsea (703).

Dalam undian tersebut, sebanyak sembilan kelab yang dijangka menjadi pilihan Ronaldo ialah United, PSG, Arsenal, Chelsea,  Bayern Munich, Sporting, LA Galaxy, Ac Milan dan Monaco.

Terdahulu, Ronaldo dilaporkan bersedia untuk meninggalkan Real dan rakan sepasukannya di Portugal tidak melihat fikiran pemain itu terganggu.

Ronaldo masih ‘fokus dan sangat serius’ mengenai kempen Piala Konfederasi Portugal selepas laporan sensasi muncul mendakwa dia mahu meninggalkan Real.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here