China
Foto oleh roselawgroupreporter.com

China hari ini meluluskan rang undang-undang kontroversi keselamatan siber yang dimana ia mengetatkan sekatan ke atas kebebasan bersuara dalam talian dan mengenakan peraturan baru pada pembekal perkhidmatan dalam talian.

Keputusan Parti Komunis untuk menapis sistem internet sistem China atau digelar Great Firewall, adalah untuk menampan laman web agresif atau menapis kandungan Internet dan ulasan mengenai topik-topik yang dianggap sensitif, seperti rekod hak asasi manusia di China serta kritikan terhadap kerajaan.

Ia juga telah secara agresif menyekat syarikat-syarikat besar seperti Google dan Facebook daripada menawarkan perkhidmatan mereka di ruang siber domestik.

Undang-undang yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, sebahagian besarnya tertumpu kepada melindungi rangkaian di negara ini dan maklumat peribadi pengguna.

Tetapi undang-undang ini juga mengharamkan pengguna Internet daripada menerbitkan pelbagai maklumat, termasuk apa-apa yang merosakkan “maruah negara”, mengganggu susunan ekonomi atau sosial dan apa-apa yang bertujuan untuk menumbangkan sistem sosialis.

Syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan dalam talian di negara ini perlu memberikan “sokongan teknikal dan bantuan” kepada agensi-agensi keselamatan awam untuk menyiasat jenayah yang biasanya berkaitan dengan kebebasan bersuara.

Halangan kepada perdagangan di China

Undang-undang ini menarik kritikan dari kumpulan hak asasi dan pertubuhan perniagaan asing. Menurut mereka, bahasa yang digunakan tidak jelas dan spesifikasi keselamatan yang melampau akan menyekat kebebasan bersuara. Ini secara langsung akan membina halangan yang besar kepada syarikat-syarikat global untuk memberi khidmat kepada pasaran domestik China yang mempunyai lebih daripada 710 juta pengguna Internet.

“Ini undang-undang ini amat berbahaya dimana syarikat internet akan menjadi agen kerajaan ini. Dengan undang-undang syarikat pembekal perkhidmatan internet dihendaki untuk menapis dan menyediakan data peribadi pengguna kepada pihak berkuasa pada bila-bila masa,” kata Patrick Poon, penyelidik kumpulan hak asasi Global Amnesty International di China.

James Zimmerman, pengerusi Dewan Perniagaan Amerika di China, berkata undang-undang tersebut menjadikan China “semakin terpencil dari seluruh dunia.”

“Alasan keperluan keselamatan negara dan perkongsian data secara tidak langsung akan melemahkan keselamatan pengguna serta berpotensi mendedahkan maklumat peribadi mereka,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau juga menambah bahawa keseluruhan undang-undang baru itu akan “mewujudkan halangan kepada perdagangan dan inovasi”.

Kebimbangan mengenai undang-undang itu adalah sesuatu yang di gembar-gemburkan, kata Zhao Zeliang, pengarah Pentadbiran Cyberspace China, kepada pemberita.

Undang-undang itu tidak bertujuan “untuk menghadkan teknologi asing, produk atau untuk menghalang aktiviti perdagangan”, katanya.

“Beberapa agensi sahabat asing, menyamakan kawalan keselamatan, kawalan sukarela, amanah keselamatan sama seperti perlindungan perdagangan,” katanya, sambil menambah “itu adalah salah faham.”

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang pula berkata “tiada perbezaan yang signifikan” antara undang-undang baru China dan undang-undang di negara-negara lain”, sambil menambah bahawa undang-undang itu melibatkan komen awam yang lama, menjadikannya lebih telus.

Pihak berkuasa China telah lama mempunyai hak untuk mengawal dan menapis kandungan dalam talian. Negara ini meningkatkan kawalan pada 2013, melancarkan tindakan yang keras terhadap pengguna internet. Beratus-ratus blogger dan wartawan Cina telah ditahan sebagai sebahagian daripada kempen itu.

Di bawah peraturan pada masa itu, pengguna internet China akan dihukum tiga tahun penjara atas kesahan menulis mesej fitnah yang diulang (post) 500 kali atau lebih. Mereka juga boleh dikenakan hukuman penjara jika post yang menyinggung perasaan tersebut dilihat lebih daripada 5,000 kali.

Komen yang disiarkan melalui media sosial telah digunakan dalam pendakwaan pelbagai aktivis, seperti peguam hak asasi manusia Pu Zhiqiang.

LEAVE A REPLY