che ta
Cover image via Berita Harian

Gara-gara berdepan masalah cukai tertunggak, hajat pelakon dan ahli perniagaan terkenal, Rozita Che Wan, untuk meraikan ulang tahun kedua hari lahir anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana, di London tidak kesampaian. Menurut artis yang lebih mesra disapa Che Ta itu, beliau sudah pun membuat tempahan lokasi dan persiapan bagi meraikan hari istimewa anaknya di sana, namun masalah cukai dihadapi menyebabkan perjalanannya ke luar negara disekat buat sementara waktu.

Ditemui pada majlis hari lahir anak bongsunya itu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, petang tadi, Rozita memberitahu beliau perlu melunaskan sejumlah tunggakan yang besar sekiranya ingin ke luar negara.

“Jumlah tunggakan cukai yang perlu dibayar itu besar nilainya. Saya pula belum mampu untuk menjelaskan bayarannya sekali gus.

“Saya juga sudah mengadakan pertemuan bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri berhubung perkara ini. Mahu atau tidak, saya memang perlu menyelesaikan tunggakan berkenaan. Begitupun, buat masa ini, hendak membayar separuh daripada jumlah itu pun belum mampu saya lakukan lagi,” kata Rozita yang sepatutnya terbang ke London, Ahad lalu.

Kata wanita jelita yang terkenal dengan drama Kiah Pekasam ini, beliau bersyukur apabila anak kecilnya belum memahami masalah dihadapinya itu.

“Mujur Aaisyah masih kecil dan tidak faham masalah yang saya lalui. Kalau sudah besar, barangkali dia akan berkecil hati.

“Cuma, ‘moodnya’ memang kurang baik hari ini. Saya sendiri sebenarnya jarang membawanya ke acara membabitkan ramai orang.

Jadi, memang dia tidak biasa dengan dengan situasi seperti ini,” katanya merujuk kepada majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekatnya.

Sebagai ibu, kata isteri kepada pelakon Zain Saidin ini lagi, beliau berusaha untuk membahagiakan anak-anaknya.

“Sebelum ini, majlis hari lahir abangnya, Ammar, umpamanya diadakan di Santorini, Greece. Cuma nasib Aaisyah kurang baik apabila ibunya berdepan masalah pula saat ini,” kata Rozita. Aaisyah dilahirkan secara normal pada 1 November 2014 di Hospital Ampang Puteri.

Baca lagi: Che Ta Bercuti ke Greece, Sambut Hari Jadi Anak

LEAVE A REPLY