che ta
Cover image via Harian Metro

Bukan memanjakan dengan kemewahan tetapi hadiah barangan mahal dan berjenama adalah tanda penghargaan dan kasih sayangnya sebagai ibu sekali gus mengeratkan hubungan dengan anak-anaknya. Bagi pelakon jelita dan usahawan, Rozita Che Wan, 43, yang mesra disapa Che Ta, tiada salahnya jika dia membelikan barangan berjenama untuk anak-anaknya kerana dia berkemampuan untuk berbuat demikian.

Justeru, sempena sambutan hari lahir anak sulungnya, Ammar Effendy yang ke-20, Che Ta sekeluarga bakal meraikannya di destinasi pelancongan terkemuka dunia iaitu Santorini, Greece.

“Lokasi itu adalah pilihan Ammar sendiri untuk meraikan hari lahirnya kali ini. Selepas penat bekerja dan sibuk mengembangkan perniagaan sedia ada, percutian ke luar negara adalah untuk berehat bersama keluarga.

“Kami sekeluarga akan berangkat ke sana pada penghujung bulan depan. Sebelum itu, kami sekeluarga akan bercuti ke Sydney, Australia awal bulan depan,” katanya.

Ditanya mengenai hadiah hari lahir pula, Che Ta berkata, dia juga ada kejutan buat anaknya itu.

“Jika tahun lalu, saya menghadiahkannya jam tangan mewah, kali ini saya belum memberitahunya lagi,” katanya.

Dalam pada itu, sebelum ini dunia hiburan dikejutkan dengan berita kehilangan kereta Toyota Vellfire milik Che Ta dipercayai dicuri di kediamannya di Subang USJ.

Che Ta berkata, setakat ini belum ada perkembangan baru kerana pihak polis masih menjalankan siasatan.

“Saya tak tahulah, tapi peluang untuk kereta itu ditemui semula macam tipis saja. Sebelum ini saya dengar orang yang kehilangan kereta, jarang yang berjaya dapatkannya semula,” katanya.

Rozita turut terkilan kerana keretanya itu hilang dalam kawasan perumahan.

“Pengurusan kondominium di kediaman saya tu memang tidak boleh diharap dan saya anggap mereka seperti ‘sampah’. Saya bayar bil perkhidmatan setiap bulan tetapi keselamatan penghuni tetap tidak terjamin,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan membeli kereta baru, Rozita mengakui dia ada perancangan untuk berbuat demikian.

“Bukan sedikit duit yang perlu dikeluarkan untuk membeli kereta yang baru. Namun, saya tetap kena beli kereta yang besar juga untuk kemudahan ke tempat kerja.

“Buat masa ini, saya belum putuskan untuk membeli kereta jenama apa kerana keselamatan belum tentu terjamin kalau pakai kereta yang mahal sekalipun,” katanya.

Apapun, kata Rozita, dia reda dengan musibah yang menimpanya dan keluarga itu.

“Ia ujian buat saya dan akan lebih berhati-hati lagi pada masa depan kerana persekitaran kita yang terdedah kepada bahaya,” katanya.

Artikel berkaitan: Che Ta Mewahkan Anak Dengan Cara Tersendiri

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY