Cermin mata Snapchat

Khabar angin mengenai cermin mata Snapchat telah kedengaran sejak Ogos 2015 lagi. Hari ini ada lagi lebih bukti bahawa Snapchat mungkin sedang membangunkan sepasang cermin mata hitam dengan kamera video terbina dalam.

Seorang pengguna telah menemui satu video di Youtube yang menunjukkan cermin mata tersebut. Ketika ditanya mengenai video tersebut, Snapchat segera mengarahkan Youtube untuk memadam video itu daripada website mereka dengan mengatakan mereka mempunyai hak cipta ke atas video tersebut.

Dalam kandungan video itu, cermin mata Snapchat tersebut dijenamakan sebagai Spectacles. Melihat kepada  fizikal Spectacles itu, adalah mustahil bagi seseorang untuk tidak perasan kehadiran kamera di sudut atas penjuru bingkai. Jaluran cincin LED akan menyala setiap kali Spectacles sedang merakam video.

Tidak diketahui secara jelas bagaimana peranti ini berfungsi atau bagaimana caranya rakaman diaktifkan; namun dikatakan semua video yang telah dirakam peranti tersebut dapat dilihat menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar.

Kandungan video yang selebihnya menunjukkan nilai komersial Spectacles yang kelihatan serupa dengan iklan awal Google Glass. Ia menunjukkan yang Spectacles boleh menangkap perspektif orang pertama pada beberapa detik-detik yang besar dalam kehidupan anda. Tetapi tidak seperti Google Glass, Spectacles kelihatan hampir sama dengan cermin mata hitam biasa yang digunakan setiap hari – tetapi sudah tentu dengan kamera cukup jelas di sudut cermin mata tersebut.

Pada awal tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif Snapchat, Evan Spiegel dilihat  memakai prototaip Spectacles di dalam sekeping gambar yang dirakam paparazzi sewaktu CEO tersebut bercuti bersama teman wanitanya. Perbandingan antara kedua cermin mata itu menunjukkan ciri-ciri yang sama, kecuali cermin mata yang dipakai Spiegel itu tidak mempunyai bulatan kuning kecil. Kemungkinan versi untuk pengguna mempunyai bulatan kuning kecil bagi menunjukkan jenama Snapchat.

Terdahulu, pada tahun 2014, penggodaman keatas emel Sony mendedahkan bahawa  Snapchat telah membeli syarikat yang berkemampuan membangunkan teknologi seperti ini dengan harga USD 15 juta.

Yang kekal menjadi tanda tanya, adakah Specatcles ini akan menawarkan fungs yang sama seperti Google Glass?  Atau ianya hanya sebagai peranti yang digunakan untuk merakam video sahaja?

LEAVE A REPLY