Wednesday, May 24, 2017
Home News Biz Celcom Teraju Rangkaian Lightning Fast LTE Di Malaysia

Celcom Teraju Rangkaian Lightning Fast LTE Di Malaysia

45
0

Celcom Axiata Bhd. (Celcom) melancarkan rangkaian Lightning Fast LTE, menggunakan teknologi terkini 4-transmit-4-receiver (4T4R) yang menyokong peranti dengan ciri 4X4 multiple-input dan multiple-output (MIMO) di Malaysia bermula Ogos depan.

Pelancaran itu meletakkan Celcom sebagai syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan rangkaian berkelajuan tinggi, akses berkualiti bagi perkhidmatan multimedia dan pengalaman digital terbaik kepada para pelanggan bergantung kepada keupayaan peranti.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom, Azwan Khan Osman Khan berkata, peningkatan signifikan Lightning Fast LTE berbanding perkhidmatan mudah alih 4G ialah keupayaan maksimumnya menyokong kelajuan hingga melebihi 400Mbps.

“Pelancaran ini mengukuhkan peranan utama Celcom dalam menyediakan teknologi terkini dan terbaik di peringkat global untuk para penggunanya di Malaysia,” katanya ketika ditemui pada taklimat media rangkaian baharu itu di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here