catriona ross
Cover image via mediahiburan.my

Tumpuan terhadap keluarga membuatkan aktres, Catriona Ross, terpaksa melepaskan tawaran lakonan sejak dua tahun lalu hingga ada yang menganggapnya sudah bersara.

Hakikatnya, ibu kepada tiga cahaya mata itu masih merindui dunia lakonan, malah menegaskan berhijab bukan penghalang untuk terus bergelar pelakon seperti diperkatakan segelintir pihak.

Kata pemilik nama penuh Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 36, cinta terhadap dunia seni tidak pernah terhakis, sekali gus membuatkannya mahu serius semula tahun ini.

“Hampir dua tahun tidak berlakon disebabkan saya membesarkan anak. Kebetulan ketika itu pembantu rumah juga sudah tamat kontrak, jadi saya ambil keputusan menguruskan keluarga sepenuhnya hingga tidak dapat memenuhi tawaran berlakon.

Kalau ada pun, bawa watak sampingan. “Kini, suami memberi lampu hijau selain sedia menjaga anak kami jika saya keluar berlakon.

Lagi pun, kami dalam proses mencari pengasuh baharu,” katanya. Pelakon berdarah Melayu-Scotland yang popular dengan drama bersiri berjudul Sephia itu dan suaminya, Shaharuddin Mohktaruddin, dikurniakan tiga anak, Sephia Rania, 6; Jammal Raess, 4 dan Edruce Riyadh, yang berusia setahun.

Anak saudara kepada penyanyi 90-an, Razi Rahman itu kini berusaha mengembalikan bentuk badannya seperti zaman anak dara sebagai persediaan kembali ke layar kaca.

Biarpun tidak selangsing dulu, usaha Catriona menjalani latihan di gimnasium selain aktif mendaki bukit dan gunung, membolehkan berat badannya yang pernah mencecah 75 kilogram (kg) turun kepada 56 kg.

Sementara itu, drama Detik Berputar, yang bakal disiarkan di TV1 menampilkan Catriona, yang menggalas watak Datin. Drama arahan Jo Yosuf itu turut diterajui Shah Iskandar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here