catat

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menerima tamparan hebat dalam aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila skuad bimbingannya gagal catat kemenangan apabila tewas 3-4 di tangan Liverpool, sebentar tadi.

Lebih malang, kekalahan itu dialami The Gunners di hadapan penyokong sendiri tatkala mereka berjaya mendahului perlawanan.

Anak buah Wenger menceriakan penyokong di Stadium Emirates apabila mendahului perlawanan menerusi jaringan Theo Walcott pada minit ke-31.

Gol itu menyaksikan pemain sayap Arsenal berkenaan menebus kekecewaannya yang sebelum itu gagal menyempurnakan sepakan penalti diperoleh pada minit ke-29.

Ketika aksi babak pertama memasuki masa kecederaan, Liverpool yang dibimbing Jurgen Klopp memperoleh gol penyamaan menerusi jaringan Coutinho.

image via Sky Sports

Empat minit selepas babak kedua bersambung, Adam Lallana meletakkan skuad The Reds di depan apabila meledak gol kedua buat pasukan itu sebelum Coutinho sekali lagi membuktikan sentuhan penyudah dengan gol kedua peribadi pada minit ke-56.

Walaupun selesa mendahului 3-1, namun anak buah Klopp masih bernafsu bagi memburu jaringan susulan serangan bertali arus ke arah pintu gol lawan dan ia membuahkan hasil apabila Sadio Mane menjaringkan gol keempat pada minit ke-63.

Tersentak dengan empat gol Liverpool, Arsenal dilihat cuba kembali bangkit menerusi serangan ke kubu Liverpool dan pemain gantian Alex Oxlade-Chamberlain yang masuk menggantikan Alex Iwobi menjaringkan gol pada minit ke-64.

image via The Guardian

Pemain pertahanan Arsenal, Callum Chambers menjaringkan gol ketiga buat pasukan itu pada minit ke-75 namun jaringan itu sudah terlambat bagi menafikan Liverpool membawa pulang tiga mata.

LEAVE A REPLY