Sumber imej: facebook.com

Kerajaan negeri menangguhkan cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Perkara itu dimaklumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, sebentar tadi.

Lim Guan Eng bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution. Sumber foto: BHOnline

Guan Eng berkata, keputusan penangguhan pembubaran DUN itu dimuktamadkan selepas kepemimpinan Pakatan Harapan mencapai kata sepakat dengan semua parti komponen pembangkang lain.

“DAP menerima maklum balas daripada kepemimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara yang mahu lebih masa untuk perbincangan mengenai perkara ini,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY