Sumber foto: businesscircle.com.my

Harga saham di Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada awal dagangan dengan mendapat sokongan belian dalam saham utama terpilih. Pada 9.23 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.11 mata kepada 1,658.37 selepas dibuka lebih tinggi pada 1,657.18.

Tebaran pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 190 berbanding 123 manakala 212 kaunter tidak berubah, 1,153 tidak didagangkan dan 19 yang lain digantung.

Sejumlah 288.27 juta saham bertukar tangan bernilai RM102.09 juta. Indeks FBM EMAS menokok 34.51 mata kepada 11,619.62, FBMT 100 naik 34.35 mata kepada 11,318.13 dan FBM EMAS Syariah menokok 32.94 mata kepada 12,231.71.

Indeks FBM 70 menambah 41.66 mata kepada 14,228.11 dan FBM ACE menokok 43.74 mata kepada 5,463.94. Berdasarkan sektor, indeks Kewangan naik 41.66 mata kepada 14,228.11, Perladangan naik 18.89 mata kepada 7,581.13 dan Perindustrian menokok 7.45 mata kepada 3,102.60.

Dikalangan saham utama, TNB dan Maybank naik dua sen setiap satu masing-masing kepada RM14.40 dan RM8.04, manakala Public Bank mendatar pada RM19.50. IHH Healthcare menambah dua sen kepada RM6.56.

Di kalangan saham aktif, TH Heavy Engineering naik setengah sen kepada 22.5 sen, dan Vivocom menokok 1.5 sen kepada 29 sen, dengan D.B.E Gurney mendatar pada 4.5 sen manakala MMAG Holdings susut setengah sen kepada 6.5 sen.

VIABHOnline
SOURCEBERNAMA
SHARE
Previous articleTesla Mulling Two Theories To Explain ‘Autopilot’ Crash
Next articleRakyat Tak Mati Tanpa UMNO – Shafie
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY