Sumber imej: FMT

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit hari ini, melanjutkan peningkatan semalam tetapi pengambilan untung sederhana dalam saham mewah terpilih mengehadkan peningkatan, kata peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.40 mata kepada 1,673.08, selepas dibuka 1.84 mata lebih tinggi kepada 1,674.49. Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 148 berbanding 64, sementara 193 kaunter tidak berubah, 1,281 tidak didagangkan dan 26 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 119.87 juta saham bernilai RM45.70 juta. Dalam nota penyelidikan hari ini, RHB Retail Research mengekalkan tinjauan menurun bagi jangka pendek untuk indeks penanda aras, dengan mengatakan minat belian masih lemah.

Indeks FBM Emas meningkat 4.97 mata kepada 11,741.69 dan Indeks FBMT 100 naik 3.61 mata kepada 11,440.04. Indeks FBM Emas Shariah meningkat 17.87 mata kepada 12,373.70, FBM 70 menokok 7.46 mata kepada 13,466.39 tetapi FBM Ace jatuh 14.89 mata kepada 5,469.39.

Dari sektor, Indeks Perindustrian meningkat 10.13 mata kepada 3,160.24, Indeks Perladangan 6.63 mata lebih tinggi kepada 7,680.66 tetapi Indeks Kewangan 11.95 mata lebih rendah kepada 14,335.64.

Dalam kalangan saham mewah, TNB, Maybank dan IHH Healthcare tidak berubah kepada masing-masing RM14.58, RM7.98 dan RM6.59, sementara Public Bank jatuh dua sen kepada RM19.62.

Bagi saham aktif, MBSB dan PDZ Holdings naik satu sen setiap satu kepada 93 sen dan 9.5 sen, Konsortium Transnasional naik dua sen kepada 18 sen sementara Vivocom Intl tidak berubah kepada 29 sen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here