Sumber imej: sharesinfo4u.com

Saham di Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, dipengaruhi oleh kelembapan harga minyak yang menyeret turun saham tenaga berkaitan, kata seorang peniaga.

Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) 0.99 mata lebih rendah pada 1,664.24 selepas dibuka rendah pada 1,664.31.

Pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 116 berbanding 108, manakala 199 kaunter tidak berubah, 1,255 tidak diniagakan dan 19 lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 119.89 juta saham bernilai RM54.84 juta.

Penanda aras minyak mentah Brent susut AS$1.39 kepada AS$42.14 setong, manakala minyak mentah AS pada AS$1.54 lebih rendah pada AS$40.06.

Indeks FBM Emas jatuh 10.42 mata kepada 11,659.04, indeks FBMT 100 merosot 10.91 mata kepada 11,359.59 dan indeks FBM Emas Shariah Index susut 15.54 mata kepada 12,256.56.

FBM 70 lemah 27.75 mata kepada 13,298.82 dan FBM Ace susut 2.35 mata kepada 5,488.16. Mengikut sektor, Indeks Kewangan pada 13.37 mata lebih tinggi pada 14,296.86, Indeks Peladangan susut 31.99 mata kepada 7,561.31 dan Indeks Perusahaan turun 0.41 mata kepada 3,118.64.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, TNB menokok dua sen kepada RM14.40, IHH Healthcare dan Maybank masing-masing tidak berubah pada RM6.56 dan RM8.03, serta Public Bank meningkat empat sen kepada RM19.72.

Petronas Chemicals tidak berubah pada RM6.64. Dalam kalangan saham aktif, Malaysia Building Society menambah satu sen kepada 71 sen, Vivocom dan AirAsia X masing-masing jatuh setengah sen kepada 28.5 sen dan 40 sen, TH Heavy Engineering susut satu sen kepada 22 sen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here