burkini

PETALING JAYA: Umat Islam di Malaysia digesa bertenang dan tidak perlu marah dengan larangan terhadap pemakaian burkini di Perancis baru-baru ini memandangkan Muslim di negara itu membentuk populasi minoriti saja sementara majoritinya ialah Kristian, demikian tegas peguam dan aktivis sosial  Azhar Harun.

Dalam status yang dimuat naik di akaun Facebook, Azhar atau lebih popular dengan nama Art berkata walaupun dirinya membantah larangan itu atas alasan ia melanggar asas “hak asasi manusia universal”, Muslim di Malaysia turut melakukan nilai yang sama pada orang lain seperti apa yang Perancis lakukan kepada Muslim di Perancis sekarang.

“Perlu diingat ada ramai Muslim di Malaysia yang berdakwah untuk mengenakan nilai mereka kepada orang lain.

burkini“Malah ada sesetengah Muslim mahu mengenakan ajaran Islam mereka kepada bukan Islam,” katanya, memetik larangan “poster seksi” oleh kerajaan Kelantan dan menggesa bukan Islam tidak berpakaian seksi pada Ramadan, sebagai contoh.

Katanya hujahannya ialah majoriti yang akan memutuskan contohnya jika Muslim ialah populasi majoriti di Malaysia, oleh itu minoriti tidak ada pilihan tetapi perlu mengikut kehendak majoriti.

Bagaimanapun, Art berkata ia adalah “laluan bahaya” kerana situasi itu boleh terbalik satu hari nanti, menjadikan Muslim sebagai minoriti yang pada masa itu kelak perlu menerima jika orang lain mengarahkan mereka.

BURKINIBeliau memetik mengenai larangan menara Islam di Switzerland selain larangan memakai hijab di Perancis, menyoal bagaimana perasaan Muslim mengenai sekatan itu memandangkan Kristian membentuk kumpulan majoriti di kedua-dua Switzerland dan Perancis?

“Jadi, mengapa anda marah dengan larangan burkini? Lebih pula pendukung kebebasan sekularis Kristian atau bukan Islam ialah majoriti di Perancis.

“Larangan burkini ialah contoh terbaik untuk melihat apa berlaku jika negara menganggap rakyat perlu ikut fikirannya. Hak dan pilihan rakyat dilanggar dan diambil.”

Katanya, ini ialah alasan kenapa tidak ada sesiapa, sama ada majoriti atau tidak, perlu mengenakan nilai dan kepercayaan mereka terhadap orang lain.

LEAVE A REPLY