Gialuigi Buffon

PENJAGA gol Guventus, Gialuigi Buffon, tidak dapat menerangkan sebab pasukannya mempamerkan aksi longlai apabila tewas 4-1 di tangan Real Madrid dalam aksi final Liga Juara-Juara Eropah (UCL), semalam.

Juara Serie A itu berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada babak pertama selepas gol penyamaan hasil sepakan volley Mario Mandzukic memerangkap penjaga gol Real Madrid, Keylor Navas.

Namun segalanya berubah di separuh masa kedua apabila Casemiro, Cristiano Ronaldo, dan Marco Asensio berjaya menjaringkan gol untuk mengesahkan kejuaraan buat skuad Los Blancos, sekaligus menjadi pasukan pertama memenangi UCL untuk dua tahun berturut-turut.

Kekalahan itu juga menyaksikan Buffon sekali lagi terpaksa berputih mata selepas tewas dalam final pada tahun 2003 dan 2015 di tangan AC Milan dan Barcelona.

“Kami amat kecewa, bermain baik di separuh masa pertama tetapi kami berasa ia sudah mencukupi.

“Saya tidak dapat menerangkan bagaimana kami mempamerkan aksi sebegitu di babak kedua Real Madrid berhak untuk memenangi perlawanan,” kata Buffon.
“Mereka beraksi pada prestasi yang sepatutnya,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here