Sumber foto: antarapos.com

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang mungkin dibubarkan dalam tempoh seminggu, susulan perjumpaan Lim Guan Eng dengan pemimpin PKR dan Yang di-Pertua Negeri semalam.

Kenderaan rasmi Lim Guan Eng dan Datuk Seri Farizan Darus di kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri kira-kira jam 4.40 petang semalam. Sumber foto: FMT

Sumber dipetik China Press percaya, tindakan ketua menteri Pulau Pinang itu menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas semalam bertujuan memaklumkan hasil perjumpaan dengan pemimpin PKR untuk mendapatkan perkenan bagi pembubaran DUN.

Guan Eng dilihat berusaha membubarkan DUN mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut sebelum perbicaraan kes rasuahnya bermula 22 September ini.

Lim Guan Eng pernah menghadap Yang di-Pertua Pulau Pinang pada 3 April 2013 untuk membubarkan DUN negeri menjelang Pilihan Raya Umum pada 2013.

“Bagaimanapun, keesokannya beliau mengumumkan pembubaran DUN. Jadi, tiada masalah untuk menghadap lebih awal. Lagipun situasi kali ini agak unik, kes Lim Guan Eng akan mula dibicarakan pada 22 September, oleh itu diharapkan PRN boleh diadakan sebelum itu,” katanya.

Dalam pada itu, sumber DAP Pulau Pinang dipetik akhbar berbahasa Cina sama meramalkan PRN mengejut paling cepat boleh diadakan pada Oktober nanti.
Ini kerana kata sumber itu, beberapa cuti umum jatuh pada bulan depan dan September ini, iaitu sambutan ulang tahun ke-78 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang ditunda ke Ogos, Hari Kebangsaan pada 31 Ogos serta Hari Malaysia pada 16 September dan Pulau Pinang tidak boleh berada di bawah pentadbiran kerajaan sementara ketika itu.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution. Sumber imej: facebook.com

Dalam pada itu, ada sumber mendakwa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali ketika berjumpa dengan Setiausaha Agung DAP itu semalam menyuarakan kebimbangan parti itu terhadap kecenderungan dan corak pengundian orang Melayu, termasuk pada PRN Sarawak dan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.

“DAP berpendapat, keadaan pengundi Melayu di Pulau Pinang berbeza, oleh itu parti terbabit yakin masih boleh meraih undi Melayu dan PKR ada harapan mempertahankan 10 kerusi DUN,” katanya.
Menurut sumber, PRN mengejut itu akan memberi manfaat kepada DAP, kerana ramai yang berpendapat Guan Eng mungkin dipenjarakan sebelum pilihan raya umum ke-14, selain ia boleh dijadikan persiapan buat pembangkang menjelang PRU14 dan petunjuk jika pengundi masih mahu atau menolak kepimpinan Guan Eng.
Semalam, Guan Eng dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dilihat memasuki Seri Mutiara kira-kira jam 4.40 petang, dipercayai menghadap Abdul Rahman selepas sidang media mengumumkan ketidaksepakatan Pakatan Harapan berhubung isu PRN mengejut di Pulau Pinang.

Guan Eng berkata PRN akan diputuskan selepas mencapai kesepakatan dengan rakan komponen Pakatan Harapan.

Desas-desus PRN mengejut mula tersebar selepas enam wakil DAP, termasuk pimpinan kanan parti itu dilaporkan menemui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi membincangkan perkara itu yang dipercayai ada kaitan dengan pendakwaan Guan Eng di mahkamah atas tuduhan rasuah.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here