Brunei Times

KUALA LUMPUR: Akhbar berbahasa Inggeris kedua terbesar di Brunei, The Brunei Times, mengumumkan penutupannya semalam selepas 10 tahun beroperasI. Pengumuman itu dibuat pada muka hadapan keluaran terakhir akhbar berkenaan disebabkan tidak dapat menampung kos operasi media.

The Brunei Times dimiliki oleh Brunei Times PLC bermula dengan format broadsheet sebelum ia bertukar kepada saiz tabloid pada tahun 2010.

“Brunei Times tidak dapat lagi menampung sumbernya untuk meneruskan operasi media disebabkan kos yang sangat tinggi.”

Lembaga pengarah syarikat bersetuju untuk menutup akhbar itu kerana situasi semasa yang tidak memberi kelebihan kepada syarikat untuk beroperasi. “Ia disebabkan isu perniagaan, standard laporan dan kewartawanan yang perlu memenuhi tanda aras dan juga isu berkaitan kemapanan perniagaan, terutama dalam keadaan mencabar daripada media alternatif,” menurut pengumuman di muka hadapan akhbar itu.

Mengikut laporan Bangkok Post, penutupan akhbar itu telah menyebabkan 110 kakitangan hilang pekerjaan. The Brunei Times adalah akhbar kedua terbesar dalam edaran harian selepas Buletin Borneo dengan 10,000 naskhah sehari.

 

LEAVE A REPLY