BN

Invoke yang merupakan sebuah badan kajian PKR menunjukkan BN khususnya Umno akan menang pada pilihan raya umum ke-14 akan datang jika berlaku pertandingan tiga penjuru dengan mendapat 32.2 peratus undi.

Naib Presiden PKR, Rafizi berkata, kaji selidik itu juga mendapati Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengatasi PAS.

“Sekiranya pertandingan tiga penjuru  antara Umno, PAS, AMANAH menunjukkan AMANAH berjaya mengatasi PAS dengan kelebihan 3.6 peratus.

“Namun kelebihan tetap kepada Umno iaitu mendahului PAS dan AMANAH iaitu Umno mendapat 32.2 peratus, AMANAH 16.1 peratus sementara PAS hanya mendapat 12.5 peratus,” katanya dalam sidang medianya di Kuala Lumpur, hari ini.

Rafizi berkata, perkara itu berlaku kerana undi bukan Melayu tidak memihak kepada PAS tetapi melihat  AMANAH lebih sederhana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here