selangor
Foto oleh FMT

SUDAH banyak cerita dalam perbualan orang politik mengenai tarikh pengumuman PRU ke 14 dan tentunya situasi politik di Selangor merupakan antara yang paling menarik untuk diperhatikan.

Pelbagai andaian dan teori dari peminat dan pemain politik mengenai kesesuaian masa paling sesuai untuk diadakan PRU ke 14. Pelbagai ramalan dicanang dan lebih hebat disertakan juga dengan justifikasi.

Ada yang meramalkan parlimen bakal dibubar selepas Sukan SEA di Kuala Lumpur pada tahun 2017. Ada yang meramalkan sebelum tarikh bulan puasa yang jatuh pada bulan Mei 2017.

Pada bulan Mac 2008 telah mencatatkan sejarah bila mana dominasi BN dalam kerusi DUN Selangor dipecahkan oleh Pakatan Rakyat.

Dalam keputusan penuh mengejutkan itu, BN sekadar memperolehi 20 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat memperolehi 36 kerusi DUN.

Pada bulan Mei 2013 adalah tarikh pilihanraya ke 13. Semua pemerhati menjangkakan BN mampu mencabar ataupun setidaknya merampas beberapa lagi kerusi DUN milik pembangkang.

Teori dan harapan ini berlandaskan kepada beberapa faktor antaranya BN tiada isu yang boleh dimanipulasi pembangkang dan kecelaruan antara gabungan parti dalam Pakatan Rakyat.

Namun jangkaan itu ternyata meleset bila mana BN di Selangor tumpas dan semakin kurang kerusi DUN nya daripada 20 kerusi turun menjadi 14 sahaja.

Beberapa hari lepas heboh diceritakan mengenai satu kajian Politweet oleh satu badan NGO.

Dalam kajian itu, mereka menyebut terdapat kemungkinan BN Selangor mampu memenangi antara 13 hingga 23 kerusi DUN milik Pakatan Selangor.

Teori ini berlandaskan kepada situasi terbaru persempadanan semula kerusi Parlimen dan DUN di Selangor.

selangor-pembangkang1

Semangat baru untuk merampas semula pentadbiran negeri juga muncul bila teori akan berlakunya perlawanan 3 penjuru antara parti yang dijangka mampu memberikan kemenangan kepada BN.

Penulis merupakan penggiat politik sejak 1995. Isu di Selangor amat dekat dengan hati penulis.

Bercampur dengan pelbagai parti dan golongan masyarakat sedikit sebanyak dapat menyimpulkan penulis akan pandangan politik semasa yang berlaku di Selangor.

Dalam seni berpolitik, kita harus terbuka untuk menerima pujian dan teguran. Seharusnya ianya diterima dengan hati terbuka dan positif namun pada masa yang sama perasaan teruja tidak perlu didahulukan hingga lupa pada asas-asas perkara yang boleh membentuk kepada kemenangan.

Kajian politweet dan teori 3 penjuru adalah luar kawalan . Bermakna ianya tidak seharuskan dijadikan faktor utama kebergantungan BN di selangor untuk menccapai kemenangan.

Kajian politweet itu hanya bersandarkan kepada peralihan pengundi dalam persempadanan semula.

Selangor

Faktor lain seperti pertambahan pengundi baru yang tidak diketahui minat politiknya ke arah mana tidak dijelaskan.

Faktor isu semasa yang boleh mengalihkan status quo undi asal harus juga diambil kira.

Isu perlawanan 3 penjuru yang boleh memungkinkan kemenangan BN di Selangor boleh dianggap subjektif.

Faktor ini terlalu awal untuk dijadikan andaian bakal kemenangan BN di selangor.

Apa akan berlaku sekiranya pembangkang sepakat untuk bersetuju pada teori satu lawan satu?

Penulis sudah 5 kali turun ke Sidang DUN di bangunan SUK Shah Alam.

Sebenarnya isu isu di Selangor amat banyak namun kurang di optimakan hebahan, penerangan malah propagandanya kepada rakyat.

Isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) sudah tidak lagi kedengaran dimainkan oleh BN Selangor .

Isu banjir dan denggi yang menjadikan negeri Selangor mencatat kes tertinggi kurang digemburkan bahayanya.

Isu kerugian anak syarikat kerajaan negeri sepertimana yang dilaporkan oleh Audit Negara mengapa tidak dijadikan bahan penerangan?

Mengapa BN selangor tidak mengoptimakan protes penduduk dalam isu pembinaan lebuhraya DASH (Damansara Shah Alam Highway)?

Mengapa tidak disungkit semula Manifesto Pakatan mengenai isu Skim Ceria yang menjanjikan setiap bangunan pangsapuri akan dicat semula?

Terbaru isu pembelian saham SPLASH oleh kerajaan negeri Selangor. Seharusnya bahan ini djadikan antara kempen agresif BN di Selangor dalam menjelang PRU ke 14 kelak.

BN Selangor harus segera agresif dalam membentuk corak kempennya sendiri tanpa terlalu perlu bergantung kepada faktor luaran untuk menang.

Azhar Lineker adalah salah seorang pembaca setia Malaysian Access. Artikel yang ditulis adalah merupakan pandangan peribadi beliau.

LEAVE A REPLY