blog
Amos Yee - Foto oleh theguardian.com

Seorang penulis blog berusia 17 tahun di Singapura dipenjara selama enam minggu dan didenda sebanyak  SGD 1,465 (RM 4,442) kerana menghina Islam dan Kristian.

Amos Yee, mengaku bersalah dalam menghasilkan dan memuat naik gambar dan dua video yang sengaja bertujuan menghina Islam. Bulan lepas, beliau mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan menghina umat Islam dan Kristian dan dua pertuduhan kerana gagal muncul di balai polis.

Semasa perbicaraan, mahkamah mendengar bahawa 24 laporan polis telah dibuat terhadap Yee, berhubung dengan enam pertuduhan yang dihadapi beliau kerana menghina agama. Pada tahun lepas juga Yee telah ditahan kerana memuat naik video mengkritik bekas Perdana Menteri Singapura, Mendiang Lee Kuan Yew di akaun Facebook beliau.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here