BlackBerry
Foto oleh The Star

BlackBerry merancang untuk berhenti membuat telefon pintar. Ini menandakan satu anjakan strategik untuk sebuah syarikat yang membina reputasi daripada teknologi telefon pintar yang inovatif.

Semua pembangunan untuk telefon BlackBerry berjenama akan diteruskan oleh rakan-rakan perniagaan BlackBerry, dimana mereka akan menggunakan lesen teknologi dan jenama. Manakala, syarikat yang beribupejabat di Kanada tersebut menumpukan usaha mereka kepada mengembangkan perniagaan perisiannya.

“Kami percaya bahawa ini adalah cara terbaik untuk memacu keuntungan dalam perniagaan peranti,” kata pengerusi BlackBerry dan Ketua Pegawai Eksekutif John Chen.

Beliau berkata langkah itu akan mengurangkan perbelanjaan BlackBerry dengan menghapuskan keperluan untuk membawa inventori dan dengan mengurangkan kakitangan serta peralatan keperluan.

BlackBerry dianggap membawa perubahan pada tahun 1999 apabila RIM 950 memudahkan orang awam dan komuniti perniagaan untuk mengakses e-mel secara mudah di telefon. Tetapi dengan pengenalan iPhone pada tahun 2007, Apple menunjukkan bahawa telefon boleh mengendalikan lebih daripada menerima dan menghantar e-mel serta membuat panggilan telefon sahaja. Blackberry dikatakan lambat merombak sistem operasi mereka untuk bersaing dengan pemain industri yang lain.

BlackBerry kini memegang sebahagian kecil daripada pasaran telefon pintar di US. Pada suku kedua syarikat itu yang berakhir pada 31 Ogos, Chen berkata, syarikat itu menjual kira-kira 400,000 telefon pintar. Sebaliknya, Apple menjual 40 juta iPhone pada masa yang sama.

BlackBerry, menyatakan ia mempunyai kerugian bersih sebanyak USD 372,000,000  dalam tempoh tiga bulan berakhir pada 31 Ogos. Syarikat itu merancang untuk mengalihkan usaha pembangunan perkakasan kepada rakan-rakan niaga mereka selepas 28 Februari nanti, apabila tahun kewangan syarikat berakhir. BlackBerry akan melaporkan perolehan perkakasan berdasarkan royalti yang diterima daripada perjanjian pelesenan.

LEAVE A REPLY