beyonce
Cover image via Berita Harian

Diva pop Amerika Syarikat, Beyonce dan suaminya, Jay-Z, menyambut kelahiran sepasang kembar, menurut laporan media negara itu.

Berita penyanyi itu sudah bersalin, yang dilaporkan kali pertama oleh majalah People dan US Weekly, dihangatkan media sosial, dengan kumpulan peminat bercerita mengenai jantina bayi yang belum didedahkan dan nama orang baru dalam keluarga bintang pop itu.

Rancangan hiburan E! melaporkan, pasangan itu kelihatan di hospital Los Angeles Khamis lalu. Spekulasi semakin memuncak apabila seorang wanita tidak dikenali dirakamkan kelmarin membawa sejambak besar bunga merah jambu, biru dan ungu, dilengkapi kad tertulis ‘B+J’ selain belon berwarna merah jambu dan biru dalam bentuk kaki yang bertulis ‘Bayi Perempuan’ dan ‘Bayi Lelaki’.

Diva pop itu mengumumkan beliau hamil anak kedua Februari lalu. Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak perempuan, Ivy Blue, 5.

Beyonce yang mempunyai pengaruh di internet menyiarkan gambar beliau melutut di sebelah jambangan bunga bersaiz manusia, dengan tangannya memegang perut.

Baca lagi: Beyonce Billionaire Dunia

SOURCEBerita Harian
SHARE
Previous articleKeputusan Pelik, Isa Samad Ke SPAD
Next articleThank You Anwar
90's. Seeing other side of the world always a pleasure. Loves indie but not a hipster. Strongly believe bungee jumping is so not cool. Hippie lifestyle is my vibes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here