provokasi
Foto oleh FMT

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini bertegas agendanya tidak akan dapat dihalang oleh provokasi dan keganasan seperti yang dialami peserta konvoi di beberapa bandar.

“Kita tidak boleh membenarkan pihak yang melakukan provokasi memadamkan segala usaha penganjur dan peserta setempat konvoi Bersih 5.

“Bicara nasional mengenai tuntutan Bersih 5 perlu dikongsikan dengan masyarakat setempat di bandar yang bakal dikunjungi kami. Jadikanlah ini sebagai fokus,” menurut kenyataan dikeluarkan Bersih 2.0.

Ia susulan insiden di beberapa bandar melibatkan kumpulan yang menentang penganjuran perhimpunan ke-5 Bersih yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 19 November, bagi mendesak reformasi institusi dan pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

jamal_yunos_0110_620_349_70

Sabtu lalu, konvoi yang melalui Teluk Intan bergelut dengan peserta Gerakan Baju Merah, selepas Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos bertindak mengoyakkan kain rentang Bersih.

Kejadian itu turut dirakamkan dalam klip video yang tersebar luas.

Bersih 2.0 dalam kenyataannya berkata kejadian di Teluk Intan itu bukan satu-satunya insiden keganasan yang menganggu perjalanan konvoi.

Konvoi Bersih 5 juga diserang di Kangar, Arau, Lumut dan Johor Bahru, katanya.

Bersih 2.0, yang akan memulakan fasa kedua konvoi itu Jumaat ini, turut merakamkan penghargaannya kepada pihak polis kerana mengawal keselamatan sepanjang kunjungan ke Perlis, Kelantan, Kedah, Sarawak dan Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here