BERSATU
Foto hadapan oleh FMT

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ditubuhkan golongan kecewa dan serpihan UMNO bukanlah sebuah organisasi yang bersandarkan kepada perjuangan namun lebih untuk menyemai rasa benci dan dendam peribadi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, asas penubuhan parti itu juga tidak boleh dijadikan sandaran oleh rakyat yang dahagakan agenda pembelaan tetapi sekadar menguntungkan segelintir kumpulan semata-mata.

Dalam pada itu, beberapa pemimpin akar umbi PKR pula masih belum yakin sepenuhnya Bersatu yang bakal diketuai bekas Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar membawa “agenda reformasi” seperti pembangkang.

Apatah lagi ia masih berasaskan kaum, yang menurut mereka tidak lagi relevan dengan kehendak semasa mahupun baik untuk demokrasi negara.

Ketua PKR Putrajaya Onn Abu Bakar mempersoalkan sama ada parti tersebut dapat memenuhi kehendak rakyat pelbagai kaum yang menginginkan perubahan menyeluruh terhadap sistem negara, bukan sekadar menjatuhkan kerajaan sekarang.

BERSATU
Tan Sri Muhyiddin sewaktu menyerahkan pendaftaran parti baharu yang diterajui beliau

Bersatu kini menunggu kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) selepas permohonan dihantar Muhyiddin, presiden jawatankuasa penaja parti itu.

Parti baharu naungan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu terbuka kepada semua kaum, bagaimanapun ahli bukan-Bumiputera tidak boleh mengundi atau bertanding untuk jawatan dalam parti.

Minggu lalu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata partinya akan menyokong mana-mana parti yang membawa agenda reformasi.

“Yang penting ialah keberanian untuk melaksanakan program reformasi,” kata Azmin.

Onn berkata masih ada ahli PKR yang sebenranya menyimpan kemarahan dengan Dr Mahathir dan ini boleh menimbulkan masalah dalam kerjasama kedua-dua parti pada masa akan datang.

“Ramai ahli yang masih menunggu untuk melihat sejauh mana kemampuan parti baru ini. Tidak dinafikan ada yang masih marah dengan Mahathir, luka sudah hilang tetapi parut masih ada,” katanya.

 

LEAVE A REPLY