bersama

Pemain Manchester City, Sergio Aguero bakal melanjutkan kontraknya bersama pasukan Manchester City sebelum musim bola sepak Liga Perdana Inggeris baharu bermula.

Aguero dikatakan bakal mengikat perjanjian baharu dengan kelab itu sehingga musim panas 2019 dan telah difahamkan bahawa penyambungan kontraknya telah dipersetujui.

Manchester City akan mengesahkan lebih lanjut mengenai perkara itu.

image via Daily Mail UK

Pemain bahagian serangan skuad kebangsaan Argentina itu berkata, dia mahu kembali ke kelab lamanya, Independiente pada penghujung kerjayanya.

Tetapi Aguero berjaya menjadi bintang terhebat di Manchester City sejak penghijrahannya dari Atletico Madrid yang berlaku pada 2011.

Ini membuatkan kelab tersebut mahu terus mengekalkannya selama yang mungkin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here