bella dally
Cover image via @belladally

Pelakon, Bella Dally, tidak berasa tertekan diasak soalan berkenaan cahaya mata, sebaliknya menganggap pertanyaan itu sebagai doa.

Bella atau pemilik nama penuh, Nabila Ali Dally, 26, berkata, beliau dan suami, Nazim Othman, menyerahkan soal rezeki untuk menimang anak kepada Allah.

“Usia perkahwinan kami pun baharu tujuh bulan. Jadi, soalan sebegitu tidak memberi tekanan.

Saya juga lihat ia sebagai doa serta keprihatinan peminat buat saya dan Nazim. “Kami juga tidak mempunyai sebarang perancangan, sebaliknya menyerah hal itu kepada-Nya.

“Lucu juga apabila saya mendapat komen sama ada hamil selepas baju yang digayakan di Instagram nampak kembung pada bahagian perut,” katanya.

Pasangan selebriti terbabit mendirikan rumah tangga pada 10 September tahun lalu di kampung halaman pelakon wanita itu di Kota Kinabalu, Sabah.

Akui Bella lagi, kehidupannya berubah menjadi lebih baik selepas berkahwin kerana suaminya terus menjadi pemangkin dan tulang belakang terhadap kerjaya seninya.

“Sejak bercinta lagi Nazim banyak membimbing dan menggalakkan saya untuk mencuba sesuatu di luar bidang.

Sekarang, saya berjinak-jinak menceburi lapangan perniagaan pula. “Kadang kala saya kurang berkeyakinan untuk melakukan perkara baharu, namun Nazim menyuntik semangat membantu saya percaya terhadap kebolehan sendiri,” kata bintang Desolasi itu lagi.

Beliau yang ditemui pada majlis pelancaran butik Ariani Luxe itu turut menjelaskan sangat selesa meneruskan kontrak bersama jenama hijab terkemuka tempatan itu.

“Memang pada awalnya saya berhasrat mengeluarkan tudung sendiri, namun tawaran Ariani datang tepat pada masanya.

Selepas tiga tahun bergelar duta Ariani, saya meneruskan kontrak sehingga 2019,” katanya.

Selain Bella, Datuk Siti Nurhaliza turut hadir menyerikan majlis sebagai ikon Ariani Luxe. Serentak dengan pelancaran Ariani Luxe, jenama hijab itu merasmikan pembukaan cawangan pertama di Jakel Mall, di sini.

Baca lagi: Bella Dally Ambil Masa Kenali Karektor Desolusi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here