wilders
Geert Wilders

THE HAGUE: Pemimpin parti pembangkang terbesar di Belanda, Geert Wilders berikrar akan menutup masjid dan “mengharamkan al-Quran” jika beliau dipilih sebagai perdana menteri pada tahun depan.

“Semua masjid dan sekolah agama Islam akan ditutup serta al-Quran diharamkan,” menurut dokumen menggariskan program pilihan raya Parti Kebebasan (PVV) menjelang pilihan raya Parlimen pada Mac 2017 yang turut dimuat naik ke Twitter Wilders, kelmarin.

Menurut PVV, ia akan menterbalikkan “Islamisasi” di Belanda menggunakan pelbagai cara, termasuk melarang wanita Islam bertudung di khalayak ramai, mengharamkan pendatang dari negara Islam, menutup sempadan dan pusat pencari suaka.

Di sebalik krisis pendatang asing tanpa izin (PATI) di Eropah, tinjauan pendapat sejak beberapa bulan lalu menunjukkan PVV mempunyai kelebihan berbanding gabungan parti pemerintah, iaitu Parti Buruh serta Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi yang diketuai Perdana Menteri, Mark Rutte.

Tinjauan pendapat pada hujung tahun lalu meramalkan sokongan meningkat secara mendadak untuk PVV dan ia akan memenangi 38 kerusi daripada 150 kerusi Parlimen.

wildersNamun, ia kemudiannya merosot. Satu tinjauan daripada Ipsos pada Ogos lalu menjangkakan parti itu hanya mampu mendapat 28 kerusi, lebih banyak daripada 12 kerusi dikuasai PVV ketika ini.

Krisis PATI memecahbelahkan Belanda yang mempunyai populasi 17 juta orang sehingga menyebabkan perbincangan hangat dan serangan ke atas pusat pelarian.

Wilders yang akan didakwa atas pertuduhan menghasut kebencian antara kaum pada Oktober ini berkata, beliau akan cuba sedaya upaya untuk mengadakan pungutan suara bagi menentukan jika Belanda akan keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), selepas cubaan pertama yang gagal pada Jun lalu, ekoran keputusan Britain yang mengejutkan.

Partinya juga berjanji akan menghentikan semua pemberian bantuan asing bagi meningkatkan pembiayaan dana untuk polis dan keselamatan.

LEAVE A REPLY