Bekas

SUNGAI PETANI: MIC hari ini terima secara rasmi permohonan bekas ahli parlimen Padang Serai  N. Gobalakrishnan untuk menyertai semula parti itu.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini mengumumkan demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah bagi SJKT Taman Keladi di sini.

Gobalakrishnan meninggalkan parti itu kira-kira 18 tahun yang lalu. Beliau keluar PKR pada tahun 2011.

Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, dalam menyambut bekas Setiausaha Pemuda MIC ke dalam parti itu berkata, MIC masih terbuka untuk menerima kedatangan lebih ramai pemimpin dan ahli-ahli bekas kerana mereka boleh membantu menyumbang ke arah perjuangan parti itu untuk masyarakat India.

“Gobalakrishnan telah mengemukakan borang permohonan keahliannya secara peribadi kepada saya minggu lepas dan hari ini, saya gembira untuk mengumumkan bahawa MIC telah menerima permohonannya untuk kembali kepada parti.” katanya pada majlis itu, yang turut dihadiri oleh Gobalakrishnan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here