ikea
Cover image via Hanasuva

Jika anda ke pusat perabot IKEA, pasti anda tahu beg beli-belah berwarna biru besar yang dijual dengan harga RM2.00. Kalau pergi IKEA je mesti korang akan beli tote beg biru tersebut kerana ianya sangat praktikal, tahan lasak dan boleh sumbat apa saja. Namun, baru-baru ini jenama terkemuka Eropah, Balenciaga menjadi bualan ramai apabila memperkenalkan koleksi beg terbaru yang sama seperti beg IKEA.

balenciagaApa yang pasti, rekaan kedua-dua beg tersebut hampir sama dari segi pemegang tali dan saiz yang lebih kurang sama.

Namun apa yang berbeza ialah harga kedua-dua beg tersebut. Beg IKEA dijual dengan harga RM2, manakala beg Balnciaga pula berharga hampir RM9,500.

balenciaga Berikutan isu tersebut, pihak IKEA meluahkan rasa bangga kerana Balenciaga menjadikan rekaan beg besar mereka sebagai idea dan inspirasi.

Ini bukan kes pertama buat Balenciaga. Sebelum ini, jenama terkenal tersebut mengeluarkan koleksi beg seperti selimun yang dijual di pasar malam.

Baca lagi: 70% Rakyat Malaysia Ketagih Smartphone! – Kajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here