Friday, June 23, 2017
Home News Sport Bayern Munich Sambar Alexis Sanchez

Bayern Munich Sambar Alexis Sanchez

67
0
Alexis Sanchez

LONDON – Bayern Munich sedia merosakkan peluang Manchester City untuk mendapatkan bintang penyerang Arsenal, Alexis Sanchez apabila bersetuju untuk menjadikan pemain itu sebagai penerima gaji tertinggi.

Gergasi bola sepak Jerman tersebut sedang berunding untuk menawarkan gaji 350,000 pound (RM1.89 juta) seminggu buat pemain antarabangsa Chile berusia 28 tahun itu.

Jika perjanjian itu dimeterai, Sanchez bakal menerima gaji lebih tinggi daripada yang dinikmati Robert Lewandowski iaitu 300,000 pound (RM1.62 juta) seminggu.

Bayern juga bersedia menawarkan 40 juta pound (RM216.2 juta) kepada Arsenal untuk melepaskan pemain itu yang masih memiliki kontrak setahun.

Ejen Sanchez, Fernando Felicevich sudah mengadakan rundingan dengan Bayern dan yakin perjanjian mampu dimeterai.

“Saya serah kepada ejen untuk melakukan apa yang perlu.

“Buat masa sekarang, tumpuan saya adalah kepada Piala Konfederasi di Rusia dan saya cuba melakukan yang terbaik buat negara.

“Mengenai masa depan, saya serah sepenuhnya kepada ejen. Dia akan duduk berbincang dengan kelab-kelab berkenaan, malah dia tahu apa yang terbaik untuk saya.

“Banyak perkara menarik minat saya ketika ini, namun tumpuan saya hanya kepada skuad kebangsaan,” kata Sanchez kepada pemberita.

Pada ketika pengurus Gunners, Arsene Wenger keberatan untuk melepaskan Sanchez kepada mana-mana pesaing dalam Liga Perdana Inggeris, Bayern dilihat berada pada kedudukan baik untuk mengatasi City.

Sanchez masih berminat untuk kekal di England, namun Arsenal memerlukan pasukan yang mampu membayar harga tinggi bagi membolehkannya membeli penyerang remaja sensasi Monaco, Kylian Mbappe.

Hanya pembelian bertaraf mega mampu menggembirakan penyokong Arsenal yang kini berduka ekoran kegagalan kelab itu melayakkan diri ke Liga Juara-Juara, musim depan. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here