bauza

Argentina yang baru-baru ini dikejutkan dengan persaraan kapten Lionel Messi dan pengendalinya, Gerardo Martino, memilih Edgardo Bauza sebagai ketua jurulatih baharu.

Beliau yang pernah bmembimbing LDU Quito (tahun 2008) dan San Lorenzo (2014) menjuarai Copa Libertadores, akan meninggalkan kelab Brazil, Sao Paulo, untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Martino sebulan lalu.

“Sao Paulo mengumumkan yang Edgardo Bauza sudah menerima tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Argentina bagi mengendali pasukan kebangsaan…(Dia) meninggalkan kelab selepas lapan bulan bekerja,” menurut kelab Brazil itu.

image via ESPN

Dengan dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menanti bulan depan, pengendali berusia 58 tahun itu dijangka akan cuba memujuk Messi untuk kembali daripada persaraan di peringkat antarabangsa

LEAVE A REPLY