Sumber imej: klxpress.com.my

Parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin dinamakan Barisan Rakyat (BR).

Malay Mail Online versi Mandarin memetik sumber sebagai berkata ia mungkin nama bagi parti baharu itu, jika tiada perubahan pada saat-saat akhir. Sumber imej: themalaymailonline.com

Malay Mail Online versi Mandarin memetik sumber sebagai berkata ia mungkin nama bagi parti baharu itu, jika tiada perubahan pada saat-saat akhir.

Ia turut melaporkan parti baharu itu akan diketuai bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dipecat daripada Umno pada 24 Jun lalu, manakala Dr Mahathir memainkan peranan sebagai penasihat.

 

Pada Julai lepas, Tun Dr. Mahathir mengumumkan sebuah pakatan akan disertai oleh DAP, PKR, PAN serta sebuah parti baharu yang akan ditubuhkan oleh beliau dalam masa terdekat dengan matlamat utama untuk menewaskan Barisan Nasional (BN). Sumber foto: Utusan Online

Dr Mahathir pada 14 Julai lalu mengumumkan parti pembangkang turut mempersetujui penubuhan parti baharu itu untuk membentuk pakatan lebih besar bagi menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, beliau tidak semestinya memegang jawatan dalam parti baharu itu, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here