achey
Cover image via @acheykintangkintung

Pelawak popular Achey kini hilang tumpuan dan tidak bersemangat untuk beraksi di final Super Spontan Superstar, Jumaat ini apabila bapanya, Hamzah Salam, 79, parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Usaha Jaya, Labis, Johor, pagi semalam.

Achey ketika dihubungi berkata, dia memang tidak bersemangat lagi untuk meneruskan pertandingan itu tetapi dinasihatkan bapanya supaya meneruskan pertandingan itu.

“Sepatutnya dia akan hadir di malam final nanti, tetapi nampaknya itu tidak akan berlaku.

“Sekarang saya menjaganya di hospital dan dia menasihatkan saya supaya tidak menarik diri. Dia tidak mahu saya bimbang dengan keadaannya,” katanya.

Menurut Achey, walaupun parah apabila mengalami pendarahan di kepala, retak tulang rusuk kiri, pinggul dan patah kaki, keadaan bapanya kini stabil tetapi perlu menjalani rawatan di hospital untuk beberapa minggu lagi.

Bapanya yang kini dirawat di Hospital Segamat akan menjalani pembedahan secara berperingkat esok jika keadaan kesihatannya stabil.

“Alhamdulillah keadaan bapa sekarang stabil cuma dia tidak banyak bercakap kerana masih sakit. Lagipun semalam doktor menebuk bahagian paru-parunya untuk mengeluarkan angin kerana bengkak,” katanya.

Dalam kejadian itu, bapa Achey yang menunggang motosikal bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi.

Baca lagi: Kelainan Super Spontan Superstar 2016

LEAVE A REPLY