China
Pelancong China di Tugu Negara, Kuala Lumpur - Foto oleh Yahoo!

Lebih ramai pelancong China dijangka tiba tahun depan kerana laluan penerbangan dan destinasi baru antara Malaysia dan China dan dengan lanjutan proses permohonan visa secara atas talian untuk penginapan jangka pendek.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia Airlines akan terbang ke lapan destinasi baru di China menggunakan 11 laluan baru bermula Januari.

“Ini merupakan 35 penerbangan tambahan daripada yang sedia ada,” katanya ketika melancarkan Malaysia Tourism Pavilion di Alitrip.com dibangunkan dengan ikon e-dagang Alibaba Group, Jack Ma, semalam.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kerajaan telah melanjutkan kemudahan Pendaftaran e-Visa dan Pendaftaran Maklumat dan Perjalanan Secara Elektronik (ENTRI) untuk pelancong China mengadakan lawatan 15 hari ke Malaysia sehingga tahun depan.

Mulai 1 Mac, pelancong China boleh masuk ke Malaysia tanpa sebarang masalah kerana mereka boleh memohon visa di atas talian dan mencetak e-visa sendiri. Kemudahan ini sepatutnya berakhir pada 31 Disember.

Nazri menyifatkan kerjasama antara Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Alibaba Group sebagai satu lonjakan dalam memudahkan ketibaan pelancong dari China.

Beliau berkata selain Malaysia Airlines, AirAsia yang telah menjadi syarikat penerbangan asing antarabangsa yang terbesar di China, juga turut menawarkan 313 penerbangan seminggu antara kedua-dua negara.

“Juga terdapat 26 penerbangan sewa khas yang beroperasi di antara kedua-dua negara,” katanya.

Beliau menambah bahawa hampir 1.7 juta pelancong dari China melawat Malaysia dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding 1.4 juta pelancong China dalam tempoh sama tahun lepas, yang merupakan pertambahan 26.3 peratus.

“Kami kini menaganggarkan empat juta pelancong pada 2018 dan lapan juta pelancong menjelang 2020.”

Najib berkata beliau dimaklumkan Malaysia Airlines akan menaik taraf perkhidmatan Kuala Lumpur-Hong Kong kepada pesawat lebih besar Airbus A330 dari Januari, di samping memperkenalkan perkhidmatan Kuala Lumpur-Haikou.

“Akan ada perkhidmatan harian kedua ke lapangan terbang Pudong, Shanghai dan juga sambungan baru ke Nanjing, Wuhan dan Fuzhou, yang akan menyusul pada separuh pertama 2017,” katanya.

Beliau berkata perkhidmatan baru ke Chengdu dan Chongqing juga akan diperkenalkan dari Kuala Lumpur, tertakluk kepada kekosongan slot.

“Malaysia Airlines akan mula beransur-ansur menambah perkhidmatan dari bandar-bandar seperti Pulau Pinang dan Kota Kinabalu ke bandar-bandar di seluruh China seperti Shanghai dan Shenzhen.”

“Semua ini laluan baru diharapkan akan dapat merangsang lebih ramai pengunjung dari China ke Malaysia sebagai destinasi pilihan mereka; pilihan yang dibuat lebih mudah dengan kemudahan Pavilion Malaysia pada Alitrip.com, “katanya.

Najib berharap Jualan “Hari Bujang” pada 11 November akan mendapat manfaat Pavilion Malaysia pada Alitrip.

Tahun lepas, pada tarikh itu juga, Alibaba memecahkan semua rekod USD 143 bilion (RM600 bilion) jualan dalam satu hari.

“Saya yakin dengan kehadiran Alibaba yang semakin meningkat di pasaran dalam talian hari ini, anda akan menikmati satu lagi kejayaan memecah rekod kali ini,” katanya.

LEAVE A REPLY