rakyat
Foto oleh FMT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai melebihi RM14 juta, tiga tahun lalu.

Abdul Aziz dan Mustafha bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mardhiah Hasbullah.

bankMengikut kertas pertuduhan Abdul Aziz didakwa bersubahat melakukan pecah amanah terhadap satu harta iaitu Peruntukan Kumpulan Perbelanjaan Pemasaran Kod 59100 berjumlah RM14,991,283.20 juta.

Tertuduh kedua, Mustafha pula didakwa sebagai ejen ke atas suatu harta iaitu Peruntukan Kumpulan Perbelanjaan Pemasaran Kod 59100 berjumlah RM14,991,283.20 juta telah melakukan pecah amanah berkaitan harta itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Menara Kembar Bank Rakyat, Jalan Travers, di sini pada 11 Mac lalu. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Abdul Aziz dan Mustafha masing-masing diwakili peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here