bakal

Dengan telefon pintar yang bakal membawakan skrin bersaiz besar dari hari ke hari, salah satu pasaran yang kian kurang mendapat perhatian adalah pasaran tablet.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, pengeluar tidak lupa memperkenalkan penawaran baru mereka untuk pasaran tablet, termasuk pihak Samsung.

Terkini, Samsung dikatakan akan memperkenalkan generasi baru tablet mereka pada bulan September 2016 ini. Seperti ramai sedia maklum, bulan September merupakan bulan dimana acara IFA sering diadakan yang memperlihatkan pengenalan sejumlah produk dan peranti baru daripada pelbagai syarikat.

image via Android Headlines

Apakah perkara baru yang akan dibawakan oleh tablet berkenaan, masih menjadi tanda tanya. Namun, kita mungkin akan dapat melihat kemaskini kepada spesifikasi dan rekaan tablet berkenaan kelak.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat ura-ura lagi. Seperti biasa, orang ramai lebih tertumpu kepada penawaran apakah yang bakal dibawakan oleh Samsung melalui Galaxy Note 7 kelak berbanding dengan produk lain buat masa ini.

LEAVE A REPLY