Baik

Lawatan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ke China telah mendapat liputan meluas di media antarabangsa dan juga tempatan. Media-media Barat menyindir lawatan ini dengan nada sinikal dengan beranggapan bahawa seolah-olah Najib mengadap “Maharaja China”. Sebelum ini, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte turut dikecam disebabkan kenyataan beliau yang tidak lagi mahu bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) sebaliknya mengistyharkan China sebagai rakan strategik utama.

Tindakan Duterte mendapat respon yang keras dari Presiden Obama malah ia dilihat seperti menghina US selaku kuasa besar dunia. Apakah dosa besar China sehingga ia terus dibayangi sebagai sebuah negara komunis berbanding negara kuasa ekonomi dunia? Berikut adalah 5 sebab mengapa berkawan dengan China adalah lebih baik daripada AS.

China adalah kuasa besar ekonomi dunia. Memang fakta.

chinaTabung Kewangan Antarabangsa (IMF) melaporkan bahawa kedudukan China untuk menjadi nombor satu dalam kuasa besar ekonomi di dunia adalah terbukti berdasarkan pariti kuasa beli penunjuk KDNK (keluaran dalam negara kasar). IMF telah menegaskan bahawa China menghasilkan 17% daripada keluaran dalam negara kasar dunia (KDNK) pada 2015 melebihi KDNK US sebanyak 16%. Kekuatan ekonomi China ini telah menarik perhatian negara-negara membangun seperti Brazil, Afrika Selatan, Malaysia, Indonesia dan lain-lain untuk berada dalam pasaran di China. Kalau dinilai secara fakta, jumlah eksport ke China oleh Singapura adalah sebanyak USD 32 billion iaitu lebih tinggi berbanding Malaysia (USD 26 billion), Indonesia (USD 15 billion) dan Filipina (USD 6.8 billion). Maknanya, bukan hanya Malaysia berpaksikan China semata-mata.

Asia untuk Asia.

Tiada siapa yang akan memahami Asia melainkan orang Asia sendiri. Menurut buku “Clash of Cvilization” oleh Samuel P. Huntington, beliau sendiri menyatakan bahawa pertembungan tamadun adalah disebabkan perbezaan budaya, sejarah, tradisi dan agama. Namun, asas pertembungan ini adalah di antara “The West vs The Rest di mana tamadun Barat itu sendiri sangat berbeza berbanding tamadun Asia yang lebih kepada tradisi dan sejarah. China, Korea Selatan dan Jepun telah melaksanakan permodenan mereka sendiri dan membezakan mereka dengan Barat.

Apabila Tun Dr. Mahathir melihat akan potensi ini dan melaksanakan Dasar Pandang ke Timur, pihak Barat mengecam tindakan beliau dengan ugutan. Namun, melalui dasar inilah, pertumbuhan ekonomi negara meningkat mendadak dan terhasilnya produk Proton.

Made in China

american-flag-made-in-chinaHakikat yang cuba dialihkan oleh semua orang disebabkan reputasi barang dari China dikatakan sebagai tidak berkualiti. Walaubagaimanapun, sama ada sedar atau tidak, segala produk utama seperti teknologi dan barangan kulit tertera tulisan “Made In China”. Adakah kita tidak membeli barangan Apple, Coach, Toys R’ Us, Nike dan Adidas yang dibuat di China? Kos pembuatan yang murah di China telah membuka peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat kecil dan besar di Malaysia untuk penghasilan produk.

Bayangkan berapa kos pembuatan jika label adalah “Made in UK”? 

Tuntutlah ilmu hingga ke negara China

Dari Anas r.a bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda “Tuntutah ilmu walaupun hingga ke negara China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib bagi orang Muslim.” Walaupun Barat mendominasi ilmu pendidikan, keupayaan China juga tidak boleh diragui terutamanya dari aspek pertukaran teknologi. Lihatlah perkembangan dunia teknologi sekarang, syarikat China seperti Huawei, Lenovo, ZTE, Xiaomi mula menyaingi gergasi teknologi seperti Apple dan Microsoft. Jadi perlu ke hubungan baik dengan China ini diteruskan? Kalau dinilai secara positif, banyak yang baik dari yang buruk jika berkongsi ilmu dengan negara China ini.

Barat Mahu Asia Lemah

China adalah sebuah negara komunis yang sememangnya diketahui umum. Namun, pendekatan komunisme itu tidak lagi diamalkan secara meluas memandangkan mereka telah mula membuka pintu kepada dunia. Fahaman komunis itu sendiri tidak disebarkan melalui China sebaliknya ia adalah satu manifestasi perkembangan ideologi pada masa dahulu. Walaupun pada awal lawatan Tun Razak ke China dikecam dunia, strategi tersebut telah membawa kepada pendamaian di antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya. Jika kita mengkaji cara Barat menyebarkan ideologi demokrasi mengikut acuan mereka, tatacara serta sosio-budaya Asia iaitu hormat menghormati di antara satu sama lain telah dilanggar. Hak asasi yang dituntut melangkaui norma asas pegangan budaya kita.

Pernahkah China menyerang negara lain seperti mana US menyerang Iraq dan Afghanistan?

Bagi Malaysia, kerajaan perlu memperbaiki tadbir urusnya, berusaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan meningkatkan taraf pendidikan dalam usaha untuk merapatkan jurang antara Malaysia dan China, Jepun dan Korea Selatan, dan memainkan peranan yang berkesan dalam membina Asia yang kuat.

Berkawan biar ramai, bercinta biar satu.

LEAVE A REPLY