baharu

Manchester City akhirnya memperkenalkan Claudio Bravo sebagai penjaga gol baharu musim ini, menggantikan Joe Hart.

Bravo dari Barcelona secara rasminya berpindah ke Manchester City dengan perjanjian kontrak selama empat tahun mengambil alih posisi Hart yang diberi kebebasan mencari kelab lain dan meninggalkan Stadium Etihad musim ini.

Perpindahan pemain antarabangsa Chile itu sah menjadi milik City selepas beberapa jam Barcelona memperkenalkan Jasper Cillessen dari Ajax sebagai pengganti Bravo.

City dilaporkan membayar 17 juta pound untuk mendapatkan Bravo selepas Pep Guardiola menganggap Hart tidak memenuhi kehendaknya sebagai penjaga gol.

“Saya sangat berbangga dapat menyertai Manchester City. Saya sedar kelab ini sedang membina sesuatu yang istimewa dan berharap saya boleh menjadi sebahagian daripada kejayaan akan datang.

image via mStar

“Saya telah mengikuti perkembangan City sejak beberapa tahun sebelum ini dan sangat jelas beberapa rakan baharu di sini juga adalah dari Copa Amerika.

“Bukan mudah untuk meninggalkan sebuah kelab seperti Barcelona yang telah memberi tempoh hebat selama dua tahun ketika saya berada di sana, tetapi peluang untuk bekerja bersama Pep Guardiola terlalu sukar untuk ditolak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here