Azmin

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali hari ini berkata, masih ada ruang perbincangan antara kedua-dua parti iaitu PAS dan PKR.

Setiap parti mempunyai daya tarikan dan kekuatan masing-masing dan ia perlu digarapkan dengan betul.

Namun kata Azmin, untuk memungkinkan keadaan itu berlaku, semua pihak perlu mempunyai kerendahan hati untuk duduk bersama dan berbincang.

Justeru, menteri besar Selangor itu menyatakan kesanggupannya bertemu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kita mesti mempunyai kerendahan hati untuk duduk dan berbincang.

“Ya, terdapat perbezaan (antara kedua-dua parti ketika ini) tetapi saya fikir ia boleh diselesaikan melalui perbincangan dan konsensus,” tegasnya di Shah Alam hari ini.

Belilau ditemui pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Pusat Konvensyen Shah Alam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here