UKM

BANGI – Susulan penafian Universiti Malaya sebelum ini, dua lagi pusat pengajian tinggi tempatan tampil menafikan pernah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor (PhD) kepada individu bernama Azizan Osman.

Jurucakap Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, nama Azizan Osman tidak tersenarai dalam penerima dianugerahkan PhD oleh universiti itu.

Foto oleh FMT
Foto oleh FMT

Katanya, berdasarkan semakan yang dibuat mendapati tiada individu dengan nama tersebut memiliki PhD dalam jurusan psikologi dari universiti itu seperti yang didakwa.

“Sebaik isu ini diperkatakan, pihak Pusat Siswazah terus membuat semakan dan tiada individu dengan nama Azizan Osman memiliki ijazah PhD dari UKM,” katanya seperti dilapor akhbar Berita Harian, hari ini.

Selain UKM, turut menafikan dakwaan itu adalah Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) yang mengesahkan tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD kepada Azizan Osman.

“Pihak IUKL mengesahkan tidak pernah menganugerahkan kedua-dua ijazah itu kepada Azizan Osman,” kata IUKL dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Universiti Malaya (UM) menafikan telah memberikan anugerah gelaran Ijazah Kehormat Doktor (PhD) Keusahawanan kepada Azizan Osman selepas isu berkenaan kecoh di media sosial.

LEAVE A REPLY