AYDA JEBAT
Cover image via Berita Harian

Gara-gara terlalu penat dengan kerja, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, demam panas sejak dua hari lalu.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 24, berkata keadaan kesihatannya yang tidak menentu membuatkan beliau disyaki menghidap demam denggi.

“Selepas pulang dari Singapura pada 9 November lalu, saya terus ke sesi latihan separuh akhir Muzik-Muzik 31 di Sri Pentas (Plaza Alam Sentral, Shah Alam).

“Sudah beberapa hari kerja saya bersambung-sambung, termasuk mengadakan latihan. Mungkin kerana terlalu letih, ia membuatkan saya tidak sihat.

“Demam yang berlarutan pula menyebabkan saya disyaki terkena denggi. Begitupun jangan risau, saya cuma memerlukan rehat untuk beberapa hari,” katanya.

Ditanya mengenai pemergiannya ke Singapura, Ayda berkata, beliau ke sana bagi menghadiri pelancaran filem animasi Disney berjudul Moana.

Ayda dipilih mewakili Malaysia bagi menyanyikan lagu tema filem berkenaan, How Far I’ll Go. “How Far I’ll Go ialah lagu balada pertama saya nyanyikan.

Saya pun tidak menyangka dipilih menyanyikan lagu ini. Ia peluang besar buat saya untuk melangkah lebih jauh dalam kerjaya nyanyian,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, lakonan terbaharu Ayda kini sedang menemui penonton menerusi sebuah saluran berbayar.

Disiarkan bermula 7 November lalu, drama Awak Sangat Nakal menemukannya dengan aktor, Sharnaaz Ahmad.

Gadis manis ini menyifatkan Awak Sangat Nakal sebagai karya bercorak kekeluargaan yang tidak memberikan tumpuan pada cinta antara pelakon utama lelaki dan wanita semata-mata.

“Drama ini lebih ke arah kekeluargaan dan ia berbeza dengan beberapa drama lain yang pernah saya lakonkan.

“Seronoknya, Sharnaaz juga adalah gandingan yang sangat serasi. Sepanjang penggambaran, kami bersama kru produksi asyik bergelak saja.

Saya seronok bekerjasama dengan mereka,” ujarnya mengenai naskhah yang mula mendapat ramai itu.

Baca lagi: APM2016: Rasa Syukur Ayda Jebat

LEAVE A REPLY