awie
Cover image via Berita Harian

Selepas melangsungkan pernikahan dengan isteri Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 29, pada 7 Oktober lalu, penyanyi dan pelakon popular Awie, 48, mendakwa masih diganggu ‘sihir’ dipercayai dilakukan individu yang dikenalinya.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Osman melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand kerana mahu mengelak daripada diganggu pihak terbabit.

Sebelum ini, Awie mendakwa dia mengalami sakit kaki misteri. Dia tidak berasa sakit sekiranya kaki dipegang, dicubit atau ditampar tetapi akan berasa terlalu sakit jika memijak lantai hingga dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat.

Awie ketika dihubungi berkata, hingga hari ini sakit di bahagian kaki itu masih belum sembuh sepenuhnya.

Lebih membimbangkan Awie, isterinya turut terkena tempias sama.

“Sehari selepas bernikah, kami merancang untuk mengadakan sesi fotografi. Namun, isteri saya mengalami muntah-muntah hingga tubuhnya tidak berdaya.

“Panik dengan situasi itu, saya cuba dapatkan rawatan daripada seorang ustaz yang berada di kawasan itu. Malah, saya sanggup ke Yala yang jaraknya kira-kira 100 kilometer dari Songkhla untuk berjumpa dengan ustaz itu yang berada di sebuah sekolah pondok di sana,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Awie, dia dimaklumkan isterinya juga terkena sihir daripada individu sama.

Awie yang juga pelakon filem Bikers Kental memaklumkan, dia berdepan dengan pelbagai halangan sebelum berlangsungnya majlis pernikahan.

“Beberapa perkara pelik berlaku membuatkan saya berasa tak sedap badan. Pendek kata macam-macam halangan berlaku terhadap saya,” katanya.

Baca lagi: Awie, Bakal Isteri Diserang Penyakit Misteri

1 COMMENT

LEAVE A REPLY