Audi A5 Cabriolet

Gaya badan ketiga dan terakhir bagi Audi generasi kedua A5, Audi A5 Cabriolet, telah diperkenalkan.

Audi A5 Cabriolet akan dipamerkan dalam versi biasa dan sporty trim S5 buat kali pertama kepada mata peminat pada Los Angeles Auto Show 2016.

Tiada kejutan di sini mengenai reka bentuk kereta. Seperti model sebelumnya, A5 Cabriolet baru mempunyai bumbung lembut automatik, empuk dengan penebat tambahan untuk memastikan ia menghalang bunyi bising lalu lintas dan angin.

Terdapat juga satu sentuhan fungsi pembukaan baru. Hanya dengan menekan satu suis, bumbung kereta ini akan mengambil masa selama 15 saat untuk membuka atau 18 saat untuk menutupnya – walaupun ketika kereta tersebut dipandu pada kelajuan sehingga 30 batu sejam.

Pilihan Powertrain untuk Amerika Syarikat perlu padan dengan coupe, bermakna turbocharged 2.0 liter inline-4 dengan 252 kuasa kuda dan 273 paun-kaki tork dalam A5 Cabriolet dan turbocharged 3.0 liter V-6 dengan 354 hp dan 369 paun-kaki dalam S5 Cabriolet. Dengan itu, pemilik boleh mengharapkan pecutan daripada 0-62 mph dalam tempoh 5.1 saat dan kelajuan tertinggi boleh dicapai adalah 155 mph.

Dalam kabin, anda akan mendapati teknologi seperti kelompok digital instrumen, paparan kepala, dan mikrofon tali pinggang keledar untuk pengaktifan suara yang dikatakan berfungsi walaupun dengan bumbung di buka.

Audi A5 Cabriolet baru berkemungkinan akan memasuki bilik pameran menjelang musim panas tahun 2017. Ia akan tiba sebagai model 2018.

LEAVE A REPLY