atp

Gael Monfils menamatkan kemarau kejuaraan apabila menundukkan Ivo Karlovic pada Terbuka Citi untuk meraih trofi ATP pertamanya dalam tempoh hampir 30 bulan.

Pemain berusia 29 tahun itu menang dengan 5-7 7-6 (8-6) 6-4 dalam perlawanan yang berlangsung selama dua jam dan 15 minit.

“Sejujurnya, hari ini saya amat bernasib baik,” kata Monfils.

Monfils, pemain kelahiran Perancis tewas 19 daripada 24 aksi final dan lapan dalam peringkat lapan terbaik.

image via Tennis.com

Kali ini dia memperoleh wang tunai sebanyak AS$348,200 untuk kejuaraan pertamanya sejak Februari 2014 di Montpellier, Perancis.

Malah, Monfils menyatakan rasa bangga dapat menyertai Arthur Ashe dan Yannick Noah yang mencatat kemenangan di AS dengan nama mereka diukir di sengkuap biru sekeliling stadium.

“Mereka menjadi inspirasi kepada saya. Saya membesar dengan nama-nama tersebut. Sudah pasti saya mahu nama saya diukir sebelah mereka, ia amat berharga, ” katanya.

LEAVE A REPLY