asmidar
Cover image via Berita Harian

Rancak meneruskan perjuangan dalam pertandingan Dangdut Academy Asia (DAA) 2, Asmidar kini dikatakan menjadi rebutan dua jejaka yang juga selebriti Indonesia.

Artis dimaksudkan ialah Beniqno yang dipertanggungjawabkan sebagai komentator pertandingan berkenaan selain pemenang Indonesian Idol musim ketiga, Ihsan Tarore.

Asmidar berkata, tiada sebarang hubungan kerana sebagai peserta DAA dia dan kedua-dua mereka memang selalu bertemu di studio tempat berlangsungnya program pertandingan itu di Jakarta, namun tidak pernah berurusan di luar.

“Kami hanya kawan biasa. Tiada sampai ke tahap bercinta. Lagipun kami baharu sangat kenal.

Saya ada beberapa kali berjumpa Beniqno dan Ihsan di studio. Mereka sangat menghargai bakat saya.

Jujurnya saya rasa kecil saja di sana sedangkan kedua mereka sangat berpengaruh. “Bagi saya andai ada yang ingin mengenali saya lebih dekat dipersilakan.

Tidak kiralah mereka atau sesiapa pun nanti kerana saya terbuka. Apa pun saya sukakan lelaki matang.

“Begitupun masih awal mahu menilai semua ini. Ihsan ini contohnya nampak matang sekali pun masih muda dari segi usia.

Cuma kalau boleh janganlah gosip-gosip. Saya di sini (Jakarta) kerana menggalas tanggungjawab,” katanya.

Terdahulu, Asmidar pernah memuat naik sekeping gambar bersama sejambak bunga berserta keterangan gambar bertulis, terima kasih Beniqno dan mendapat maklum balas netizen.

Dia dikatakan antara peserta kegemaran komentator itu malah penonton program pertandingan itu dilihat menyenangi andai mereka menjalinkan cinta manakala Ihsan selaku teman pesaing Asmidar juga dilihat menyukai gadis terbabit.

Sementara itu, Asmidar kini sudah lebih sebulan bertanding di negara itu bersaing dengan beberapa peserta negara lain termasuk rakan seperjuangan, Syura, Zizi (bekas anggota Fabulous Cats) dan Elda Susanti.

“Persaingan memang sangat sengit. Peserta dari Indonesia memang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Semua hebat-hebat belaka. Ketika ini peserta Malaysia masih belum ada yang terkeluar. Apa pun kami semua bersaing secara sihat. Semua peserta ada semangat tinggi,” katanya.

Baca lagi: Asmidar pengganti Lisa Surihani

LEAVE A REPLY