Cover image by John Darlington/World Monuments Fund

Battersea Power Station mengesahkan yang Apple akan menjadi penyewa pejabat terbesar di Battersea Power Station, menduduki ruang kira-kira 500,000 kaki persegi di enam tingkat Boiler House di ikon bersejarah itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Battersea Holding Company Limited berkata, Apple dijangka akan pindah masuk ke Power Station pada 2021.

“Battersea Power Station akan menjadi kampus baharu Apple di London dan pejabatnya akan meliputi kira-kira 40 peratus daripada ruang pejabat daripada keseluruhan pembangunan itu.

“Seramai 1,400 kakitangan Apple dari pejabat sedia ada di sekitar London akan dipindahkan ke mercu tanda terkenal di London ini,” katanya.

Transaksi itu dijangka menjadi penyewaan pejabat terbesar di West End London sejak 20 tahun lepas, kata Battersea.

LEAVE A REPLY